Friday 20 January 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH

19 JANUARI 2017 - Unit Hal Ehwal Murid, SK Paya Pasir di bawah Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah telah menjayakan Maljis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas.


Majlis tersebut 50 orang murid yang menjawat jawatan kepimpinan di sekolah ini.

SM Samsudin bin Aziz, Ketua Polis Balai Kampung Awah telah merasmikan majlis dan menyampaikan watikah pelantikan.


Adalah menjadi harapan Unit hal Ehwal Murid sekolah ini semoga menerusi pelantikan ini akan dapat meningkatkan kepimpinan murid dan mengurangkan seterusnya ke arah sifar masalah disiplin.

  



Wednesday 18 January 2017

MERENTAS DESA

18 JANUARI 2017 - Unit Kokurikulum SK Paya Pasir telah menjayakan Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah pada pagi ini sebagai persediaan menghantar calon merentas desa sekolah ke Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Maran di SMK Jengka 21 pada 24 Januari ini.




Tahniah kepada semua yang berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan ini dan kepada peserta yang bakal mewakili sekolah ke Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah nanti.

Sila klik GALERI untuk ikuti info dan gambar aktiviti.

PENYERAHAN SUMBANGAN ADUN CHENOR

16 JANUARI 2017 - Dalam perhimpunan pagi Isnin, Encik Idzahar bin Abu Bakar Tuan Guru Besar, SK Paya Pasir telah menyerahkan kesemua beg Sumbangan ADUN Chenor kepada murid-murid yang layak.


Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangn tersebut yang bukan sahaja meringankan bebanan perbelanjaan ibu bapa malahan mengembirakan murid-murid yang menerimanya.

JOM KE SEKOLAH ADUN CHENOR

10 JANUARI 2017 - Seramai 10 orang murid SK Paya Pasir telah dipilih untuk menerima sumbangan bantuan persekolah berupa beg sekolah daripada Ahli Dewan Undang Negeri Chenor.

Semua sekolah rendah dalam ADUN Chenor telah menerima 10 buah beg setiap sekolah dalam program tersebut. SK Paya Pasir telah diwakili oleh GPK HEM untuk menerima sumbangan tersebut.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

3 JANUARI 2017 - Sesi persekolahan 2017 bermula dengan lancar dengan kehadiran murid 100% sebagaimana sepatutnya.

Pihak sekolah telah memulakan pembelajaran pada hari pertama persekolahan lagi.

TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN 1

30 DISEMBER 2016 - Program Taklimat dan Pendaftaran murid-murid Prasekolah dan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2017 telah berlangsung di SK Paya Pasir.




Semua ibu bapa dan penjaga murid yang terlibat telah hadir dengan membawa anak masing-masing dalam menjayakan program tersebut.

29 DISEMBER 2016 : MOH KE SEKOLAH PARLIMEN MARAN


Seramai 7 orang murid Tahun 1 SK Paya Pasir untuk Sesi Persekolahan 2017 telah menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Maran di bawah Program Moh Ke Sekolah yang berlangsung di Dewan Jubli Maran pada 29 Disember 2016.


Warga SK Paya Pasir mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program murni sebegini terutamanya kepada YB Dato' Seri Ismail Ahli Parlimen Maran.