Saturday 15 July 2017

BERSAMA HJ. ZAINUL ABIDIN

14 JULAI 2017 - SK Paya Pasir menerima kunjungan Tuan Haji Zainul Abidin bin Haji Daud serta isteri. Beliau merupakan mantan Penolong Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Maran.


Beliau menarik perhatian murid-murid SKPP untuk menjadi seorang yang berguna dan berbakti kepada ibu, bapa, sekolah, masyarakat dan negara.


Majlis diakhiri dengan penyampaian zakat kepada 20 orang murid mengikut asnaf yang layak setelah dipilih oleh pihak sekolah.

Semua warga SKPP mengucapkan jutaan  terima kasih kepada Tuan Haji dan isteri.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Tuesday 11 July 2017

KARNIVAL BAHASA INGGERIS KELOMPOK LUIT

10 JULAI 2017 - SK Paya Pasir menerusi Amni Fathiah Munirah binti Mohd Faizal dari Tahun 4 telah berjaya meraih Naib Johan dalam kategori Story Telling Karnival Bahasa Inggeris Kelompok Luit bagi tahun ini di SK Seri Keramat.


Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua peserta apatah lagi kepada pemenang serta guru dan jurulatih kontinjen SK Paya Pasir. Tahniah.

DIALOG PRESTASI TAHUN 6

7 JULAI 2017 - Program Dialog Prestasi bersama Ibu Bapa dan Penjaga murid Tahun 6 telah berlangsung sebagai pendedahan dan persediaan bagi menghadapi Percubaan UPSR yang akan berlangsung pada 17 hingga 20 Julai ini.


Tuan Guru Besar, Encik Idzahar bin Abu Bakar, turut meluahkan pandangan dan teguran dalam memastikan SK Paya Pasir mampu berada bersama sekolah-sekolah cemerlang di daerah Maran ini.


Berikutan itu, perubahan jadual akan dilaksanakan dengan mengemukakan Jadual Pembelajaran Anjal di samping pengagihan murid kepada beberapa kumpulan sebagai persiapan memperkukuhkan pencapaian setiap murid dalam menghadapi UPSR yang tidak berapa lama lagi.


Adalah menjadi harapan agar SK Paya Pasir terus mengekalkan kecemerlangan dan berada dalam kelompok cemerlang. Insha Allah.

SAMBUTAN AIDILFITRI

7 JULAI 2017 - Seperti tahun-tahun sebelum ini, bagaikan satu tradisi sekolah-sekolah kebangsaan seluruh negara akan menjayakan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah.

Persiapan awal pagi

SK Paya Pasir telah merancang program berkenaan dengan membabitkan Guru, Murid, PIBG dan kampung-kampung yang berada di Paya Pasir iaitu Kg. Paya Pasir, Kg. Sg. Ling dan Kg. Bukit Cempedak.
Program Jamuan Aidilfitri berlangsung

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dan memeriahkan majlis tersebut.

KHATAM AL-QURAN DAN PENYERAHAN DUIT RAYA

22 JUN 2017 - Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan program Ihya Ramadan yang tiba ke pengujungnya pada hari ini dengan berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran dan di akhiri dengan penyerahan duit raya oleh pihak sekolah.