Monday 27 November 2017

GOTONG-ROYONG PERSEDIAAN BANJIR

24 NOVEMBER 2017 - Semua warga SK Paya Pasir telah menghulurkan sumbangan keringat masing-masing dalam menjayakan aktiviti gotong-royong tahunan yang menjadi SOP (Prosuder Standard) bagi sekolah yang kerang mengalami banjir sebagaimana sekolah ini.





Terima kasih di atas sumbangan, warga pendidik, para pelajar dan ibu bapa yang hadir dalam program ini.

Terima kasih.

KEPUTUSAN UPSR 2017

23 NOVEMBER 2017 - Keputusan UPSR telah diumumkan dengan rasminya. Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Sains telah memperolehi Tahap Menguasai 100% bagi semua calon UPRS pada tahun ini, tahniah.

Dalam pada itu, atas usaha dan ketekunan, disulami dengan ikhtiar, doa dan tawakal maka calon-calon UPSR SK Paya Pasir telah menerima keputusan berkenaan dengan tenang dan terdapat juga riak-riah suka, duka, riang dan sedih.

Namun penghidupan perlu diteruskan dan kehidupan masa depan bukanlah penentunya daripada keputusan UPSR ini sahaja, masih banyak liku-liku, onak dan ranjau yang perlu dirempuhi dalam meniti kedewasaan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

Tahniah teruskan usaha agar masa yang mendatang dan berlalu tidak sia-sia.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2017

22 NOVEMBER 2017 - Dalam kepadatan minggu ini dengan aktiviti, tidak dapat dipinggirkan aktiviti tahunan yang menyatakan pencapaian anak-anak didik sekolah ini sepanjang tahun 2017 dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum, maka Hari Anugerah Kecemerlang Pendidikan 2017 SK Paya Pasir telah dilaksanakan dengan jayanya.





Tahniah kepada yang berjaya dan teruskanlah kecemerlangan demi masa depan.

Sila ikuti koleksi foto menerusi facebook rasmi sekolah.

KEHADIRAN KELAS 100% MINGGUAN

20 NOVEMBER 2017 - Program Hal Ehwal Murid 2017 iaitu Kehadiran Kelas 100% Mingguan telah sampai ke penghujungnya, maka pada tarikh ini diumumkan Kehadiran Kelas Terbaik dan penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar.


Tahun 4 Bestari dinobatkan sebagai kelas terbaik dengan 10 minggu kehadiran penuh 100% dan menerima hadiah iringan.





Tahniah.

PERKHEMAHAN BERSEPADU 2017

17 - 19 NOVEMBER 2017 - Sebagaimana tahun-tahun lepas, SK Paya Pasir tidak melepaskan peluang hujung tahun dalam cuaca yang baik untuk menjayakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform bagi tahun ini.


Sejumlah 90 orang peserta perkhemahan yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga 6 yang juga merupakan ahli Unit Beruniform Pengakap dan Puteri Islam telah memperlihatkan kesungguhan dalam program yang dirancang ini.


Memasak, Malam Kebudayaan, Kawat Kaki, Aktiviti Berhalangan, Burung hantu dan banyak lagi antara aktiviti yang memeriahkan dan berjaya memanfaatkan peserta. Turut menjayakan program ialah Jabatan Kesihatan Maran yang menganjur Program 10,000 Langkah dan Pemeriksaan Kesihatan.


Tahniah, SK Paya Pasir 2017.

Sila ikuti koleksi foto aktiviti di Facebook SKPP dengan carian SK Paya Pasir.

Tuesday 14 November 2017

HARI KELUARGA

11 - 12 NOVEMBER 2017 - Warga SK Paya Pasir telah menjayakan Hari Keluarga di MS Chemerkau Chekas Chalet, Hulu Dong, Raub, Pahang.


Satu pengalaman indah telah tercatat dengan berbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan sambil bersantai tapi meriah.



Tahniah atas kejayaan program yang dirancang.


Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Friday 3 November 2017

KAWAD KECEMASAN DAN LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN

2 NOVEMBER 2017 - Setelah melalui beberapa sesi latihan kawad kecemasan, pada hari ini satu sesi Kawad Pengungsian Bangunan, Demonstrasi Memadam Kebakaran, Pameran dan Latihan Menyelamat telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan seluruh warga SK Paya Pasir dengan kerjasama yang sangat bermakna daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Maran.




Terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada anggota bomba yang sedia memberi penerangan dan tunjuk ajar yang sangat berguna.


Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti