GURU BESAR


Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat kembali semula ke sekolah pada sesi 2017 untuk meneruskan agenda pendidikan yang dipikul oleh semua warga guru dalam memacu tugas mendidik dan membina anak bangsa agar menjadi insan kamil dan terbilang di dunia dan akhirat.

Sejajar dengan Visi Sekolah untuk menjadikan tahun 2020 sebagai tahun gemilang dan terbilang di Daerah Maran bagi sekolah ini, maka seharusnya semua warga sekolah dituntut keringat,kudrat dan segala daya usaha dalam proses pemenjadian Visi di atas. Di samping itu, peranan PIBG dan komuniti tempatan amatlah ditagih dalam kita bersama-sama melonjakkan sekolah ini menjadi sekolah terbilang di daerah Maran pada tahun ini.

Saya berkeyakinan tinggi bahawa kita mampu menzahirkan visi di atas dan menobatkan sekolah kita sebagai Sekolah Terbilang pada tahun ini kerana semua warga guru, kakitangan dan PIBG mempunyai komitmen dan iltizam yang cukup membara dalam kita mencapai penanda kecemerlangan dalam semua bidang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. .

Akhir kata, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana terus memberi peluang untuk kita menunaikan amanah bagi mendidik anak bangsa dengan berkesan. Teruskan usaha yang murni ini. Bantulah saya untuk menjadikan sekolah kita Sekolah Cemerlang pada tahun 2020..

Semoga segala usaha dan pengorbanan kita diberkati Allah s.w.t dan segala perancangan yang dibina mampu mencapai matlamatnya.

Sekian, terima kasih.

IDZAHAR BIN ABU BAKAR
Guru Besar
SK Paya Pasir

No comments:

Post a Comment